Paus (mamalia)

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, paus mempunyai ciri-ciri berikut:Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.Pada masa kini, terdapat dua jenis paus iaitu paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.